Khamis+Jumaat=Holiday!

Thursday, September 27
Khamis+Jumaat=Holiday!

Assalamualaikum,

Pejam celik, sudah hampir sebulan saya bermukim di bumi anbiya ini dan sudah 15 hari saya berpuasa di perantauan. Saya kira terlalu banyak cerita-cerita menarik yang ingin dikongsi namun, keadaan internet di sini tidak mengizinkan. -_-‘

Madinah el-Fustat menjadi taman perumahan baru saya, meninggalkan Taman Keramat yang jauh di mata dan selalu dirindui. Memegang title bandar baru yang terletak kira-kira 15 minit daripada Cairo University, Fustat adalah kawasan yang sangat asing bagi warga Malaysia. Kami diibaratkan seperti hantu kum-kum tatkala berjalan beramai-ramai dengan memakai telekung-menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Terawih. Alhamdulilah, kumpulan hantu kum-kum ini telah berjaya menarik hati seorang wanita arab, Ummu Aiman untuk menjamu kami (iftar). Semuanya kerana kami memakai tudung dan membaca al-Quran.


Kami tidak ditempatkan di dalam satu bangunan seperti yang dikhabarkan. Saya dan ahli-ahli bait yang lain ditempatkan di imarah 78. Kawan-kawan tajaan MARA yang lain mendaftar di imarah 82, tiga blok daripada blok imarah saya. Setakat ini, jiran-jiran rakan-rakan saya amat baik hati dan selalu menolong. (Mungkin kerana imarah saya baru, tidak ramai yang menghuninya, menambahkan lagi peratus kurangnya mak cik – mak cik arab yang baik hati- menghantar hidangan berbuka puasa ke rumah.hehehe)
Secara keseluruhanya, saya semua berpuas hati dengan rumah yang diberikan. Rumah tiga bilik tidur dan dua blik air, ditambah pula dengan ruang tamu yang luas sememangnya berpatutan dengan sewa yang perlu dibayar.
(Paling best, ada oven!)

Kelas telah bermula secara rasmiya pada hari Sabtu, 22 September 2007, menyaksikan subjek Histologi membuka tirai kuliah pelajar perubatan tahun 1, Cairo Unversity. Secara kasar, selama setahun, kelas akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Bas yang disediakan pula setia menunggu di imarah 86 pada jam 7.30 pagi dan pada jam 3.15 petang di depan pintu pagar sekolah. Kelas bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Rabu. Cuti diberi pada hari Khamis dan Jumaat.

Pelajar-pelajar di Malaysia harus bersyukur kerana kelas-kelas mereka disediakan kerusi yang empuk dan keadaan sekeliling yang selesa. Kami di sini terpaksa menahan lenguh, kebas, sakit-sakit sendi dan urat akibat kerusi-kerusi kayu dalam dewan kuliah. Namun, apalah sakit-sakit yang sedikit itu jika hendak dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang dipelajari. Seperti yang dimeterai dalam perjanjian antara Malaysia dan Mesir, kami diasingkan daripada murid-murid Mesir dan diletakkan dalam satu kelas khas. Bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris dan dalam kumpulan yang kecil. Satu kelebihan bagi pelajar Malaysia dan keputusan pelajar tahun 1 tahun lepas membuktikan kemudahan yang disediakan membantu pelajar Malaysia untuk cemerlang di sini. Pensyarah-pensyarah di sini juga amat menyanjung pelajar Malaysia dan mengharapkan kami(pelajar baru) agar cemerlang seperti senior-senior kami.
Anatomy class


Empat subjek-Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry sahaja yang perlu kami pelajari(1st Grade) dan skor untuk mencapai mumtaz (ehem..Mesir ni guna sistem mumtaz,jaid jiddan, etc.). Doakan saya dapat mumtaz ye!

Sambutan Ramadhan di sini amat meriah. Rumah-rumah dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Anak-anak kecil pula bermain bungan api dan mercun di sana sini. Berlainan dengan Malaysia, orang Melayu mengagungkan hari raya lebih daripada bulan Ramadhan. Salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah kedatangan Sheikh Jibril – Imam Masjidil Haram ke Mesir. Beliau akan berada di sini pada sepuluh malam terakhir di Masjid Amr Al-Asr yang terletak di Fustat. Jarak masjid tersebut dengan kawasan perumahan saya kira-kira 3-5km. Nak tak nak, kena naik teksi juga. Sayangnya kalau tak pergi! Sheikh Nurudin pula menyampaikan ceramahnya setiap hari di Rumah Johor. Kata orang, dah sampai bumi Mesir, rugi kalau tak cari peluang untuk mendalami ilmu agama. Lebih-lebih lagi mereka yang mengambil jurusan perubatan.

Mungkin itulah hikmah mengapa saya berada di sini. Doakan saya agar tabah mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa keluarga di sisi…

eymand,


Madinah el-Fustat.
izzati,eyman,aeisyah=physio class


p/s: Salam rindu kepada rakan-rakan yang sedang berjuang di Malaysia. Ksyaz, Ezaty, Munee, Dyana, Eza, Dila, Fana, Tiya, Fiqa dan semua, kenang-kenang daku selalu bila kamu menikmati juadah hari raya!

Syaz: ehem…janji kita tu, macam lambat lagi boleh tunai..ehem.ehem..
Diyana: awat nak malu pula?? Ada cerita baru, habaq mai naa…


Bermulanya perjalanan yang baru...

Sunday, September 9
Nile River~

Assalamualaikum,

Akhirnya…

31 Ogos 2007.

Perjalanan kami diiringi dengan tangisan dan deraian air mata. Baik lelaki mahupun perempuan, perpisahan kali pertama seawal usia 18 tahun bukanlah suatu perkara yang mudah. Ketika rakan-rakan lain sibuk mengejar tiket ke UK, Australia dan US melalui A-Level dan Foundation Programme di MALAYSIA, kami sudah melangkah setapak ke hadapan. Memegang gelaran pelajar perubatan merupakan satu tanggungjawab yang besar, pengorbanan yang ikhlas dan usaha yang gigih.

Housemate:From Sepang to Foustat.ekeke

Berbalik kepada perjalanan kami yang penuh dengan warna dan corak, kami bertolak ke Cairo melalui Amman. [from KL to Cairo via Amman] Kapal terbang MH 8186 berlepas melalui pintu C4, KLIA pada jam 1100 pagi. Kami tiba di Amman kira-kira jam 1500, waktu tempatan. Perjalanan kami diteruskan ke Cairo selepas menurunkan pelajar perubatan dan pergigian Jordan University of Science and Technology[JUST]. Kami selamat tiba di bumi anbiya ini pada jam 6 petang.

Maka, kami mengheret beg-beg besar kami ke luar bangunan lapangan terbang sambil menunggu senior-senior membantu mengangkat beg-beg kami. Thanks for your kindness dear seniors!


Cairo University Hospital~


Faculty of Medicine, Cairo University~


Selepas mendengar taklimat daripada beberapa pihak termasuk PERUBATAN dan MSD, kami dibenarkan berehat. Keesokkan harinya dan hari yang berikutnya, kami dikuarantin di Malaysia Hall. Kami dihidangkan dengan ceramah-ceramah dan pendedahan awal tentang cara hidup di bumi Mesir ini. Hari ketiga dipenuhi dengan senyuman dan kegembiraan kerana kami dibawa keluar dari bangunan berwarna kuning ataupun dikenali dengan nama Dewan Malaysia Abassiyah Mesir[DMAK]. Saya menyertai Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan [BKAWP]. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah [dari BKAWP] membawa kami berjalan-jalan disekitar Cairo. Layanan mereka yang mesra membuatkan saya lupa kerinduan yang menggunung terhadap keluarga di Malaysia.


Masjid Sultan Hasan,Cairo


Dewan Malaysia Abassiyah Kaherah [DMAK], Cairo




Masjid Sultan Hasan, bersama geng2 KT




eymand.


Doakan saya sukses di sini. Kawan-kawan+my lovely family= i miss you all. Selamat menyambut Ramadhan yang mulia! Ramadhan El-Mubarak!