Pre-departure.

Wednesday, August 29
Assalamualaikum,
24/8: Taklimat di MARA, KL
28/8: Majlis Konvokesyen ke-7 Kolej Teknologi Timur, Sepang.


Biology?? [Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.]

Future docs.Hehe. Best of luck guys!

31/8: Cairo, Egypt


p/s: Kemaafan dipinta andai tersalah bahasa ataupun ada yang tersinggung atas kata-kata dan perbuatan saya selama ini. Doakan saya pulang sebagai seorang doktor muslimah yang berjaya. InsyaAllah!

eymand.

Makin hari, makin sayu.

Sunday, August 19
Assalamualaikum,

Makin hari, makin sayu.
Mengenangkan semua yang bakal ditinggalkan.
Kadang-kadang terfikir, adakah yang sama bakal menanti disana?
Sudah tentu tidak!

Selagi anda mempunyai peluang untuk menghargai dan menghayati segala apa yang dimiliki, berbuatlah demikian sebelum anda tidak mempunyai peluang tersebut untuk satu tempoh yang lama. (Yup, one year is a long period though~ O_o)

Gonna miss you all!~

eymand.

Kasih Siapa

Monday, August 13
Asslamualaikum,

Buat temanku Syazana, yang mungkin masih belum menghayatinya [ehemmm...syaz, jangan marah yee]

Kasih Siapa?

Siapa kau manusia?
Yang kerap lintas ke dalam kalbu
Tiada makna bagiku manusia
Walakin secara nalurihiahnya kaulah yang pertama
Sinarmu persis jemparing kilat yang menyambar hangus
Curahkan diri ini air cinta dahaga sembuh duka
Tiada nestapa.

Ku masih lagi skeptis bisu
Siapa kau manusia alpa tidak beri apa-apa
Berani kau sergah kamar ini tanpa makna
Pagar hatiku bergoncang, bertanya hairan hilang gundah
Agar jejantas resah
Roboh pecah.

Kau selalu menggonjokkan nafsi jasad ini
Tumpahan kasih tanah hirau tidak
Kau beri daku kasih untuk berkasih
Pelayaran kapal hidup ini, hanya kasih yang Azali dambaanku.

Sejadah usang pengubat pangkal sukma bernanah
Utusan pengharapan hanya kepada-Nya
Hidup di ladang permusafiran ini
Kautlah nur pahala supaya pengintip kanan bekerja sendiri
Tagih kasihku hanya pada yang Satu
Agar kegoncangan hati pedih
Reda sebelum neraca adil
Menjelma tidak diketahui.

Nuruliman
Kuala Lumpur
Saturday, August 11
DISKUSI KARYA ALUMNI MPR
NOVEL, CERPEN DAN PUISI 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput para penggiat dan peminat sastera ke program DISKUSI KARYA ALUMNI MPR 2007 (NOVEL, CERPEN DAN PUISI) yang akan diadakan pada 18 Ogos 2007 (Sabtu) bertempat di DBP. Maklumat lanjut berkenaan diskusi tersebut adalah seperti berikut:

TENTATIF DISKUSI KARYA ALUMNI MPRNOVEL, CERPEN DAN PUISI 2007

TARIKH : 18 OGOS 2007

TEMPAT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KL

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

9.00 PAGI - PENDAFTARAN

9.20 PAGI - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS DAN BACAAN DOA

9.30 PAGI- DISKUSI NOVEL

NOVEl.1- JUSTERU IMPIAN DI JARING KARYA ZAID AKHTAR
PEMBENTANG : DR KAMARIAH KAMARUDDIN (UPM)

NOVEL 2- LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN
PEMBENTANG : PROF MADYA AMIDA ABDUL HAMID

NOVEL 3 - MISI PIRAMID KARYA IDA MUNIRA ABU BAKAR
PEMBENTANG : DR MISRAN LOKIMIN

11.30 PAGI - BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENULIS NOVEL

PEMBENTANG :
ZAID AKHTAR
UMMU HANI ABU HASSAN
IDA MUNIRA ABU BAKAR

12.30 PETANG - REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI
2.00 PETANG - DISKUSI CERPEN DAN PUISI SESI SATU (CERPEN)

PEMBENTANG : SAUDARA SM ZAKIR
CERPEN :
1. J e Zu Be (Ummu Hani Abu Hassan) Dewan Siswa 2007
2. Surat Buat Kristina (Ghafirah Idris) Dewan Kosmik 2007
3. Selembar Sejadah di Lantai Madrasah ( Salman Sulaiman)
4. Mencari Qudwah (Ainul Muaiyanah Muhd Sulaiman) Dewan Siswa 2006
5. Mati Pasti Menang ( Abdul Rauf Baharuddin) Tunas Cipta 2005
6. Sayang Si Mamat (Nur Afiqah Abu Samah) Tunas Cipta 2006
7. Ustazah Es (Amir Muhkriz) Antologi Kudeta
8. Warkah Perang Melaka (Khairul Nizam Raub)

SESI DUA (PUISI)

PEBENTANG : SAUDARA RAHIMIDIN ZAHARI
PUISI:
1. Menyembelih Haiwan (Fahd Razy) Dewan Sastera 2006
2. Mantera Ababil ( Azizul Ikhwan) Tunas Cipta 2005
3. Kasih Siapa (Nuruliman Dashuki) Dewan Siswa 2006
4. Segugus Kunci ( Nissa Yusuf) Utusan Melayu 2007
5. Nyanyian Seorang Teman (Azree Arifin) Dewan Siswa 2007
6. Tangisan Luka (Farahana Hussain) Tunas Cipta 2006
7. Kisah Kasih II (Mohd Hafiz Abdul Latiff) Remaja 2005
8. Azam Baru (Nimoiz TY) Dewan Sastera, 2007
9.Salam Buat Nablus II (Khairun Nasriah Abdul Salam)
10. Bukan Remang Sangka (Ida Munira Abu Bakar) Tunas Cipta 2006

4.00 PETANG- MINUM PETANG DAN BERSURAI

***
Nama saya diletakkan bersama-sama mereka yang aktif menulis. Sedangkan saya? Gulp!

p/s: Saya bakal meninggkan negara tercinta pada 31 Ogos 2007. Doa dan restu serta kemaafan dipinta, semoga pemergian ini akan menjadi satu titik/tanda permulaan perjalanan hidup saya yang baru. Jumpa lagi di bumi Anbiya!

a proud member of : university of cairo, egypt
first year medical student-to-be~ hihihihi XD XD XD

Perjalanan yang baru?

Sunday, August 5
Assalamualaikum,

Lamanya....

Alhamdulillah, kini saya sedang meniti satu alam kehidupan yang baru. Lekuk-lekuk jalan yang mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Apa yang bakal saya hadapi dan bagaimana untuk berhadapan dengannya.

Menyertai satu dunia yang berlainan dengan dunia di bawah tempurung di Al-Amin membuat saya amat rindu biah di Al-Amin. 11 tahun di Al-Amin banyak membentuk siapa saya. Siang malam, saya rindukan rakan-rakan di Al-amin, guru-guru yang bukan sahaja menjadi pendidik malah ibu dan ayah kepada kami semua. Kami di Al-Amin diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar. One, big, happy family.

Senakal-nakal kami di Al-Amin, mulut kami masih membahasakan diri 'ana-anti'. Perkataan 'saya-awak' amat janggal bunyinya. Jauh sekali 'aku-kau'. Ah, rindu sungguh pada Al-Amin!
Namun, saya sedar, semua itu hanya tinggal kenangan dan segala kenangan yang ada, akan saya simpan baik-baik dalam kotak berharga pemberian Tuhan yang bernama 'Hati'. Tidak akan sesekali saya akan lupakan bumi yang membentuk saya menjadi seorang insan seperti hari ini. Bumi Malaysia, di atas tanah Al-Amin.

Saya juga bersyukur umi dan abah telah menghantar saya ke sana. Cukup bertuah. Terima kaish umi dan abah! Saya tahu, keadaannya akan berbeza, tetapi perbezaan itulah yang akan membuat kita menjadi lebih tabah dan kuat serta menghargai setiap perkara yang berlaku disekeliling kita. Tidak kira perkara yang sedang berlaku ataupun yang sudah pun berlaku.

Doakan saya berjaya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya sudah pun berhenti di suatu tempat dan kini, saya kembali meneruskan perjalanan hidup saya. Berbekalkan tangki minyak yang penuh, insyaAllah, doakan saya sampai ke perhentian yang seterusnya.

eymand.