Aku bukan Superman

Monday, November 23
Assalamualaikum,

Aku bukan Superman,
yang mampu bertukar rupa dalam sesaat
yang mampu menjadi perantara hidayah Allah

Aku bukan Superman,
manusia kuat lagi gagah
yang cekal berjuang demi Deen

Aku bukan Superman,
manusia superhero
yang hebat menangkis duri-duri fitnah

Aku bukan Superman,
aku manusia biasa
yang tidak punya apa-apa.

yang masih membakar batu-batanya


Aku manusia biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana.
Aku manusia biasa yang rutin hariannya berulang-ulang-sama.
Aku manusia biasa yang selalu saja ingin futur.
Aku manusia biasa yang selalu lalai.
Aku manusia biasa yang selalu terlupa.
Aku manusia biasa yang serba kekurangan.
Aku manusia biasa yang tidak hebat dalam pelajaran.
Aku manusia biasa yang seringkali lari.

Aku manusia biasa yang ingin menjadi manusia hebat.
Aku manusia biasa yang ingin menjadi Superman dalam jalan dakwah.
Aku manusia biasa yang ingin menjadi istimewa disisiNYA
Aku manusia biasa yang masih lagi belajar bagaimana hendak menjadi sehebat Sahabiah.
Aku manusia biasa yang punyai cita-cita tinggi.

Aku harap kamu semua bisa memaafkan atas kekuranganku kerana aku belum lagi menjadi seorang Superman.

Biar aku tidak punyai apa-apa/siapa-siapa, asalkan ada DIA, aku berpuas hati.
Namun aku malu dengan kamu-kamu yang hebat. Aku tidak setanding kamu semua. Aku tidak selayak kamu semua.

Maafkan aku kerana aku belum menjadi seorang Superman.

iman