Friday, February 27
Pernahkan anda merasakan hari-hari yang mendatang seakan-akan pudar dan tidak bermakna, titian perjalanan hidup dirasakan terumbang-ambing. Saat itu hanya air mata yang mampu dititiskan agar segala sesak dan serabut yang mencengkam kalbu dapat dilupakan seketika. Diri takut untuk berhadapan dengan realiti. Sangat takut untuk mengetahui hakikat betapa ia berada sangat jauh denganNYA. Semakin lama semakin tersasar dari trek kebenaran. Apabila ujian dan dugaan dianggap musibah dan menjadi alasan untuk terus tersungkur. Akhirnya perjalanan hidup sebagai seorang hamba menemui noktah sia-sia, sedangkan perjuangan masih belum berakhir, bahkan baru saja memulakan rentaknya.

berdiri tegak selama 5 tahun.
berkongsi selama 60 bulan.
bercerita selama 1825 hari.
dan akan terus memberi selama mana diri ini mampu.
istiqamah itu satu permintaan
syurga itu idaman.

eymand
lazoughly.

Perlunya kita untuk... (?)

Sunday, February 15
Assalamualaikum,
Winterbreak sudahpun di penghujung. Selama 2 minggu saya dan rakan-rakan telah diberi peluang untuk mencari 'diri' kami yang sebenar. Dari arah mana kami bermula dan ke mana arah tujuan yang seterusnya. Alhamdulillah, kami semua dalam usaha mengejar pengakhiran yang abadi, yang hakiki.

Saya mahu menampal lubang-lubang yang ada di hati.

Alhamdulillah, misi untuk mencari identiti yang sebenar dan menjadi seorang yang lebih bertaqwa hampir tercapai. Pengalaman selama 2 minggu ini amat berharga dalam menjadikan saya seorang yang lebih beriman; lebih kuat; lebih tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang.

Saya akan biarkan rakan-rakan lain berkongsi tentang 'apa yang kami lakukan di Eire'.

Dari kacamata saya, percutian ini membuatkan saya dewasa dengan ukhuwwah. Kini saya faham apa itu ithar. Apa ertinya sahabat. Apa ertinya pengorbanan.

Berakhirnya winterbreak menandakan sudah setahun saya berperang dengan diri sendiri. Berperang dengan emosi, berperang dengan perasaan, berperang dengan suasana dan berperang dengan ubat.

Tempoh setahun juga membuatkan saya lebih faham, lebih tahu istilah dan makna 'sahabat'.

Mungkin saya belum lagi menjadi seorang sahabat, belum lagi mampu berkorban, belum lagi mampu mengutamakan rakan yang lain. Mungkin juga ramai lagi di luar sana yang belum mampu untuk menjadi seorang sahabat.

Namun, syukur, saya telah diberi peluang untuk berhadapan, mengenali, bersama-sama 'mereka' yang saya gelar sahabat atas pengorbanan dan sifat ithar mereka. Sungguh, saya cemburu dengan mereka. Moga-moga kita juga akan menjadi seorang sahabat suatu hari nanti.

Mari berusaha!


Perlunya kita untuk..(?)

Saya mengaku, hidup dan membesar di Al-Amin tidak menjadikan saya seorang yang mesyi dengan tarbiyyah.

Mungkin saya telah mengikuti proses pentarbiyyahan berulang kali, sehingga jemu. Menghadiri usrah hanya untuk memenuhi kehendak silibus ko-kurikulum sekolah. Mungkin juga saya telah khatam buku-buku tarbiyyah beberapa kali, namun semua itu tidak menjadikan saya seorang yang kaya dengan tarbiyyah, bergerak untuk Islam dan bercita-cita untuk membangunkan Islam.

Saya mengaku, semua itu silibus semata-mata.
Mungkin, ada yang terkesan, ada yang telah menjadi hebat, ada yang sudah memulakan gerak langkah, dan ada yang telah berjaya. Namun, saya tidak.

Sungguh saya berasa kosong dan malu dengan diri. Ya, saya bangga saya membesar di Al-Amin, tetapi fakta itu membuatkan saya semakin hari semakin malu kerana gagal menyerap tarbiyyah di Al-Amin secara menyeluruh. Saya hanya menerima, tidak memberi. Mungkin 'pernah' memberi, tetapi saya terhenti dan berhenti memberi. Mengapa?
Saya malu akan fakta itu.

Biah di Al-Amin membuatkan saya terbiasa dengan tarbiyyah. Tidak kira di mana saya berada, saya dahagakan tarbiyyah kerana saya sudah terbiasa. Berada dalam sistem tarbiyyah seperti berada di dalam zon selamat. Suasana yang 'aman damai', bersama-sama manusia yang berakhlak dan bermoral serta berilmu. Ah, sungguh indah. Namun apabila di suruh bekerja, err... entah ke mana saya menghilang. Sekali lagi saya hanya menerima dan memberi apabila perlu. (Apabila saya bosan di rumah dan mempunyai banyak masa? )

^^ Cerita saya. Kacamata saya. Pendapat saya.

Realiti
Proses pentarbiyyahan bukan sekadar silibus sekolah semata-mata. Tarbiyyah adalah kehidupan. Sebetulnya di Al-Amin, jarang perkataan tarbiyyah digunakan. Saya mengenali perkataan tarbiyyah di sekolah menengah. (mungkin?) Kami hanyut dalam proses pentarbiyyahan tanpa disedari. Lama-kelamaan, tarbiyyah menjadi satu kebiasaan, menyerap dalam diri dan kehidupan.

Ana-anti/ana-anta melekat di bibir. Tidak boleh di buang mahupun di tukar. Saya sedih, ana-anti/ana- anta sudah hilang di bibir. Sangat sedih. Aku-kau pula yang lancar dituturkan. Sekali lagi saya malu pada diri.

Rata-rata rakan-rakan mula mengenal dan belajar makan bersama-sama di dalam dulang ketika menuntut di sini. Kami di Al-Amin mula belajar untuk berkongsi seawal usia 7 tahun. Jika anda berada di Tadika Amal, mungkin seawal usia 5 tahun. Kami tidak tahu itu adalah tarbiyyah, kami hidup di dalamnya.

Tarbiyyah hanya perkataan, untuk dituturkan, untuk melabelkan sesuatu benda,perkara. Tanpa perkataan tarbiyyah, kita masih lagi mampu untuk menghidupkan suasana dan biah yang sedemikian.

Mungkin banyak lagi proses pentarbiyyahan yang berlaku di Al-Amin secara tidak lansung yang sehingga kini tidak dapat saya kenal pasti lagi.

Apa yang saya ingin tekankan ialah, jangan jadikan perkataan tarbiyyah sebagai satu benteng/halangan/barrier di dalam jalan dakwah. Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan, kita lebih mengutamakan 'perkataan' ataupun lebih suka 'melabel' daripada memahami serta menyelami maksudnya yang sebenar.

contohnya:
" Dia tu ikut tarbiyyah ke?"

-Allah yang lebih mengetahui-

***
Siapa kata Nur Allah milik mereka yang sesat dan jahat. Insan yang sedia baik juga masih memerlukan Nur untuk terus mara dalam kehidupan.

Alhamdulillah, perjalanan hidup saya sudah dihiasi lampu jalan yang memancar terang. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya pula memberi hingga ke akhir.

Mari bekerja!!

eymand
la zoughly

Apabila perjalanan hidup dihiasi nur Iman dan Islam.

Friday, February 13
Assalamualaikum,


Alhamdulillah sudah selamat kembali. Terlalu banyak yang hendak dikongsikan bersama. Percutian yang penuh dengan memori dan sarat dengan ukhuwwah. Moga 'kita' terus thabat di jalanNya


mari bersama-sama ber'kerja'!


eyman
kembali di la zoughly.

Teaser

Tuesday, February 3
Assalamualaikum,


31/1-11/2

eymand
newcastle,galway