Hari-hari cuti begini II

Thursday, June 7
Assalamualaikum,

Hadi a.k.a. cousin a.k.a. aboy [pic: courtesy of abah].

p/s: Patience is what I am seeking for. Support is all I need.. Do keep pray for me.


Andai

Friday, June 1
Assalamualaikum,

Andai...

Andai kita boleh mencorakkan kehidupan diri sendiri...Alangkah indahnya. Akan dicalit semua warna-warna kegembiraan-kejayaan-kebahagian di atas kanvas berharga, putih-suci pemberian, milik Tuhan.

Akan kita bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik. Pasti tiada ruang bagi kesedihan-kesakitan-kesengsaraan untuk menaiki takhta walaupun sekejap.Walaupun sedetik. Akan kita pilih tema kehidupan yang kita mahu. Lekuk dan selekoh perjalanan hidup kita akan kita bina sendiri. Umpama diri seorang pereka agung, pemilik ijazah seni bina, atau karyawan terulung. Mungkin juga jurutera yang bekerja di bawah JKR.

Semuanya nampak sempurna. Nampak indah... Tiada cacat cela.

*pooooof*

Sedarlah dari lamunan kosong! Hidup bukanlah seindah yang dijangkakan. Mulut ini memang sudah terbiasa dengan perkataan andai-kalau-if. Perut sudah dikenyangkan dengan timbunan kisah-kisah fairytale yang sememangnya khayalan semata-mata. Nothing is impossible?

Nothing is impossible jika Dia memberi green light. Nun jauh di atas sana^. Pencipta-Pereka Terulung-Jurutera Terhandal. Tiada lekuk dan selekoh perjalanan hidup yang sempurna selain cabaran dan dugaan dariNya. Tiada lukisan kehidupan yang tercantik selain qada' dan qadar kurnianNya. Tiada kehidupan yang lebih baik selain menjadi hamba yang diredhaiNya.

Bangunlah dari lamunan. Sedarlah setiap apa yang diberikan, ada kelebihan disebaliknya. Ada hikmah yang tersembunyi dan hanya akan dilihat dan dirasai oleh orang-orang yang bersabar sepanjang menempuhi ranjau cabaranNya. Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang sabar.

Mungkin hari ini bukan hari kita. Siapa tahu esok, lusa dan hari-hari seterusnya milik kita. Kebahagian kita. Kegembiraan kita. Kesenangan kita. Kadang kala untuk bergembira, kita perlu menitiskan air mata. Barulah kegembiraan yang dirasai akan menjadi lebih bermakna dan berharga...

eymanD.
"Sungguh menakjubkan fikiran orang Mukmin. Sesungguhnya semua perkara adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorang pun kecuali orang Mukimin. Jika dia diberi kenikmatan, dia bersyukur. Maka jadilah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa musibah(sesuatu yang tidak menyenangkannya), dia bersabar. Maka ini juga menjadi kebaikan baginya." HR MUSLIM.
"إذا كان الصبر مُرًّا فعاقبته حلوة "
If patience is bitter then its result is sweet