Hari demi Hari/ Double Personality III

Tuesday, April 24
Assalamualaikum,

Baru saja pulang dari program RELAX '07 anjuran bersama JIM dan Dejourney. Program tiga hari yang amat memenatkan. Biarlah gambar yang berbicara.

*****

"Moga-moga 'orang-orang' yang belum sedar, kembali kepadaNYA secepat mungkin. Kita tidak tahu bilakah kematian tiba. Mungkin esok, mungkin 20 tahun akan datang. Soalannya telah lama diberi: "Ma Rabbuka". Adakah anda pasti anda sudah bersedia dengan jawapannya?" - 15 Ogos 2005

Jika anda semua masih ingat, saya pernah menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap segelintir 'rakan' di bawah tajuk yang sama tidak lama dulu ( part I dan part II) serta di dalam post yang bertajuk: ALLAHUAKBAR! ALLAH MAHA BESAR!

Jika anda masih ingat lagi, saya juga memohon agar mereka-mereka ini diberi petunjuk dan hidayah agar sentiasa berada di bawah lindunganNYA. Mungkin, pintu-pintu doa terbuka di kala itu. Alhamdulillah, mereka sudah menjadi orang yang baru. Kagum sungguh saya dengan mereka. Insan-insan yang telah memilih jalan yang lebih tenang dan menguntungkan. Jalan untuk berubah. Saya sendiri berani bertanya kepada mereka(kata umi: Mengapa bertanya? kata saya: saja je): mengapa jadi begini? Bukankah dulu begitu?

Mereka menjawab : Dalam hidup ni, ada paradigm shift. Ada banyak lagi turning point lepas ni.

Jawapan yang membuat hati saya luruh sama sekali.

Akhirnya, setelah setahun (lebih kurang), mereka berjaya membuat perhitungan dengan diri sendiri. Bukankah hanya jauhari mengenal manikam?

Saya hanya mampu mendoakan agar mereka sentiasa berada di atas trek yang betul. Tidak tersasar dan berpatah balik, juga tidak melencong ke mana-mana. Ya, kita tidak boleh mengadili seseorang itu begitu saja. Mungkin pada pandangan kita, dia begitu, tetapi sebenarnya dia begini.


"Malas rasanya hendak mengulas perkara-perkara sebegini, namun buat pengajaran untuk semua, marilah kita bersama-sama menghitung diri dengan ikhlas kerana Allah. Moga-moga diberi petunjuk dan hidayahnya."- 6 September 2005

Entah mengapa saya berasa teramat kagum dan bangga dengan diri mereka. Terharu sungguh. Apabila saya membaca post-post sebelum ini (PI+PII), saya hanya mampu memanjatkat kesyukuran kepada yang Esa. Dialah yang membantu rakan-rakan saya ini dan membenarkan mereka menjadi muslim yang sejati. Memberi mereka semangat dan peluang untuk bermula sekali lagi. Menyuntik sinar-sinar hidayah dalam hati mereka. Semoga semuanya akan kekal begini.Mungkin akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

"Maafkanlah jika saya terlalu beremosi. Saya hanya mahu mengingatkan kepada barangsiapa yang sudah terlupa. Moga-moga anda semua mendoakan saya berjaya membantu orang-orang tersebut untuk berfikir sejenak tentang betapa kerdil dan hinanya kita di sisi Allah." - 8 September 2005
***
Seseorang itu tidak akan berubah serta-merta melainkan dirinya sendiri yang mendambakan perubahan.
eymanD.

5 comments:

Anonymous said...

InshaAllah iman...smoga diperkenankan doa kita semua..dan jgn lupa pd masa yg sama usaha untuk menyedarkan mereka.Gambar mampu memceritakan semuanya~huhu

~moga tabah hati x berbelah bagi~:)

nuruliman said...

Hehe..moga-moga begitu.
Kata dia: Buat apa nak cuak, tak buat salah kan?

Kamu faham maksud saya? Pelik sungguh, tapi benar. Ajaibnya kuasa Tuhan...

Ala, semua nak jealous dengan gambar ana yg spastik+comel tu..huhu =P

Anonymous said...

inshaAllah,ameen.eh,nt cari pasal ke tulis name ameen kat caption gmbr tu..isk.jgn la.xbaek!:).

sape ek ckp camtu?lupe la:D..

jeles la sgt~

nuruliman said...

tak baik eh?(nada mengejek)
yelah, nnt ana tukar...:)

Anonymous said...

Well said.